CARA HARGAI ANAK ANDA..
Siapalah kita jika bukan dilahirkan sebagai anak, dan ia juga permulaan dalam kehidupan sebelum menjadi remaja, ibu bapa, datuk nenek serta sebagainya sebelum bergelar 'arwah'.
Namun berbeza pengalamannya bagi yang telah dikurniakan cahaya mata, setiap detik, waktu dan masa hanya perkembangan anak pasti dinanti-nantikan. Umpama pepatah "dari telapak kaki sebesar dua jari" anak sentiasa membesar, dari senyum, ketawa, meniarap, menyelar, memapah, berjalan, bercakap dan seterusnya pasti mencuitkan hati, benarlah 'kata orang kehadiran orang ketiga mengeratkan lagi hubungan suami isteri dek' keletah si kecil yang mencuitkan hati.
Sedarkah kita! anak bukan sekadar anak untuk kita memikut tanggungjawab terhadapnya, malah hadirnya juga adalah "penghibur semulajadi". Apa tidaknya, jika kita menyaksikan persembahan tarian dan lakonan pasti kita asyik menyaksikannya berbeza dengan anak yang cuba meniru aksi yang di lihat, bukankan ini lebih menghiburkan, malah apa jua tingkah laku dan perbuatan orang tuanya pasti ingin diikuti, dan kerana itu seringkali mencuitkan hati secara tidak sengaja dan tak terduga akan perbuatannya.
Sikap anak yang sering mempelajari sesuatu yang baru, tidak banyak, sedikit pun pasti akan dirindui apabila berjauhan dengannya. Anak akan sentiasa belajar mencuba sesuatu yang baru secara berterusan untuk membesar dan ibu bapalah contoh terbaik untuk anak sebelum terdedah dengan 'dunia luar'.
Bagi yang masih tiada anak mungkin masih belum diberikan rezeki tetapi usaha perlu untuk mendapatkannya kerana berdiam diri tidak akan mendatangkan apa-apa hasil. Apa salahnya jika berkemampuan lakukanlah Ibadah Qurban dan ingati akan sejarah Ibadah tersebut. Niatkanlah dihati dengan ikhlas agar ibadah tersebut dapat digantikan dengan zuriat yang soleh lagi soleha. Sesungguhnya Tuhan akan memberikan rezeki kepada mereka yang dikehendaki tepat pada waktunya, tidak lewat atau cepat walau sesaat pun......
Tidak semua insan mempunyai nasib yang sama terutama sekali untuk mendapatkan anak, walaupun pasangan yang normal, sihat mahupun berduit ia tak menjaminkan untuk kita memperolehi anak kerana ketentuan-Nya jua lebih berkuasa memberikan rezeki kepada yang dikehendaki.
Tetapi apa yang lebih menyedihkan, apabila berita pembuangan bayi didalam negara kita, dalam hati pasti berkata " mengapa tidak dikurniakan anak itu kepada yang sangat menginginkannya". Apa yang hendak dikata, kerana setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya.
Tetapi apa yang lebih menyedihkan, apabila berita pembuangan bayi didalam negara kita, dalam hati pasti berkata " mengapa tidak dikurniakan anak itu kepada yang sangat menginginkannya". Apa yang hendak dikata, kerana setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya.
Namun berbeza pengalamannya bagi yang telah dikurniakan cahaya mata, setiap detik, waktu dan masa hanya perkembangan anak pasti dinanti-nantikan. Umpama pepatah "dari telapak kaki sebesar dua jari" anak sentiasa membesar, dari senyum, ketawa, meniarap, menyelar, memapah, berjalan, bercakap dan seterusnya pasti mencuitkan hati, benarlah 'kata orang kehadiran orang ketiga mengeratkan lagi hubungan suami isteri dek' keletah si kecil yang mencuitkan hati.
Sedarkah kita! anak bukan sekadar anak untuk kita memikut tanggungjawab terhadapnya, malah hadirnya juga adalah "penghibur semulajadi". Apa tidaknya, jika kita menyaksikan persembahan tarian dan lakonan pasti kita asyik menyaksikannya berbeza dengan anak yang cuba meniru aksi yang di lihat, bukankan ini lebih menghiburkan, malah apa jua tingkah laku dan perbuatan orang tuanya pasti ingin diikuti, dan kerana itu seringkali mencuitkan hati secara tidak sengaja dan tak terduga akan perbuatannya.
Sikap anak yang sering mempelajari sesuatu yang baru, tidak banyak, sedikit pun pasti akan dirindui apabila berjauhan dengannya. Anak akan sentiasa belajar mencuba sesuatu yang baru secara berterusan untuk membesar dan ibu bapalah contoh terbaik untuk anak sebelum terdedah dengan 'dunia luar'.
Bagi yang masih tiada anak mungkin masih belum diberikan rezeki tetapi usaha perlu untuk mendapatkannya kerana berdiam diri tidak akan mendatangkan apa-apa hasil. Apa salahnya jika berkemampuan lakukanlah Ibadah Qurban dan ingati akan sejarah Ibadah tersebut. Niatkanlah dihati dengan ikhlas agar ibadah tersebut dapat digantikan dengan zuriat yang soleh lagi soleha. Sesungguhnya Tuhan akan memberikan rezeki kepada mereka yang dikehendaki tepat pada waktunya, tidak lewat atau cepat walau sesaat pun......
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.