Thursday, 29 September 2011

10 PEREKA PALING BERPENGARUH




FESYEN mempengaruhi manusia kadang-kadang dalam cara yang sukar kita fahami.Daripada busana anggun di pentas peragaan hingga penampilan penuh glamour ke fesyen jalanan.Fesyen meliputi seni, luahan peribadi dan identiti tersendiri dalam dunia yang penuh kesamaan dan unik.

Pereka fesyen berpengaruh adalah mereka yang menghasilkan himpunan pakaian busana anggun, asli dan mencetuskan arah aliran yang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas.Ini adalah 10 (tidak ikut sebarang turutan) pereka fesyen paling berpengaruh yang disenaraikan satu blog fesyen antarabangsa.

Sama ada lambang kuda Polo atau sulaman RL, label Ralph Lauren paling dikenali dengan meluas dalam dunia fesyen Amerika Syarikat.Terkenal dengan kemeja-T Polo Ralph Lauren dan seluar denim adalah rekaan asal pakaian golongan bangsawan Inggeris dan elit yang suka bersukan.Kebanyakan himpunan awalnya termasuk sut tweed untuk lelaki dan potongan feminin untuk wanita yang menjadi contoh pakaian Amerika klasik dan  lewat 1960-an, Lauren mengembangkan jenamanya dengan memperkenalkan rangkaian haruman, jean dan pakaian kanak-kanak, juga himpunan eksesori rumah iaitu tuala, kelengkapan tidur, perabot dan cat yang meletakkan namanya terkenal seluruh dunia.

http://fashionscandal.com/wp-content/uploads/2011/05/ralph-lauren-picture-3.jpg
RALPH LAUREN 

Domenico Dolce dan Stefano Gabbana
Tidak boleh disangkal Dolce dan Gabbana adalah pereka paling berkuasa dan terkenal dalam industri fesyen.Pasangan dinamik Itali ini dikagumi kerana himpunan klasik dan glamour menggunakan unsur tradisional seperti korset, jalur kecil gengster dan sut seluar hitam.Mereka komited menghasilkan pakaian kemas, menarik dan trendy yang menyerlahkan potongan badan wanita.Konsep ini menggembirakan pelanggan mereka kalangan selebriti dan orang biasa.Keupayaan menukar  fabrik biasa kepada pakaian seksi dan mewah untuk lelaki dan wanita dikagumi ramai.


http://i.models.com/i/db/2009/2/4889/4889-500w.jpg
DOMENICO DOLCE DAN STEFANO GABBANA

Vivienne Wetwood

Pereka dari Britain, Vivienne Westwood adalah wanita yang bertanggungjawab memberikan anda fesyen punk.Ketika 1970-an, Westwood mula mereka pakaian pelik menggunakan banyak kulit, pin, rantai dan kolar anjing berpaku dan lain-lain elemen bukan tradisional yang meniru pakaiaan penunggang motosikal, pelacur dan fetisy.Himpunannya popular di kalangan pemuzik punk rock dan muda mudi dan kekal meminati hingga kini.Westwood jelas sekali mencipta dimensi baru dalam dunia fesyen dengan memperkenalkan punk moden dalam pakaian harian dan kekal sehingga hari ini dengan rekaan yang mengejutkan dan unik untuk wanita dan lelaki.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjVXXKpqh7X9Z3bl1VJuGLKph3iNZWiH_Bk_cOWMy3mC97aqHlNXTcqBVEx1BU948Shpj-1gtlR_mpKRMJvQ6ZVAm7bMZzywt0GZARjGvPBjEUK3kKCDasfXFEOuAwERVXTBqXZfJuA1M1n/s1600/viviennewestwood.jpg
VIVIENNE WESTWOOD

Gianni Versace

Pereka fesyen Itali dan ikon antarabangsa, Gianni Versace adalah jenama yang kekal kuat dan berpengaruh walaupun selepas kematian tragiknya pada 15 Julai 1997.Sebagai pengasas Versace, Gianni mula mereka gaya penuh pakaian siap dipakai penuh glamor untuk wanita, juga gaun menggoda yang dipakai selebriti dan kerabat diraja.Dia juga terkenal dengan pendekatannya mengabungkan seni dengan fesyen, menggunakan bahan tidak mengikut kelaziman seperti jaringan aluminium dan lakaran kulit dan getah.Kini jenama Versace bukan sahaja ada pakaian wanita tetapi juga pakaian lelaki, jean cuture, aksesori, himpunan barangan rumah dan macam-macam lagi.

http://www.swotti.com/tmp/swotti/cacheZ2LHBM5PIHZLCNNHY2U=UGVVCGXLLVBLB3BSZQ==/imgGianni%20Versace1.jpg
GIANNI VERSACE

Gabrielle Bonheur 'Coco' Chanel

Coco Chanel meninggal dunia pada 10 Januari 1971 pada usia 88 adalah perintis pakaian wanita yang mewah dan sofistikated.Daripada gaun pendek hitam kepada sut, Chanel menghasilkan pakaian kekal abadi yang terus mempengaruhi fesyen wanita kini.Pakaiannya mengetengahkan elemen pakaian lelaki dengan bahan feminin dan selesa.Selepas Chanel meniggal dunia, Karl Lagerfield mengambil alih syarikat bagi meneruskan visi pengasas arah aliran itu dan memastikannya kekal segar tahun demi tahun.



http://www.fashion-police.ca/blog/wp-content/uploads/2009/09/Gabrielle-Bonheur-Coco-Chanel-.jpg
GABRIELLE BONHEUR CHANEL

Christopher bailey


Christopher bailey adalah Ketua Pengarah Kreatif Burberry dan perancang di sebalik iklan syarikat, arah seni korporat dan mereka himpunan dan rangkaian burberry sejak 2001.Burberry sangat dikenali dengan corak petak yang ditengahkan dalam kebanyakan himpunan jenama ini, yang menjadi satu daripada cap dagang paling banyak ditiru dalam sejarah fesyen.Bailey membantu mengembangkan penampilan klasik dan kemas Burberry dengan menambah lebih elemen kontemporari disamping mengekalkan tradisi kekemasan dan gaya Brithish yang menjadi asas Burberry.

http://images.askmen.com/specials/2007_top_49/men/christopher_bailey.jpg 
CHRISTOPHER BAILEY

John Galliano

Pereka busana anggun paling terkemuka, John Galliano membawa fesyen pentas peragaan ke tahap tinggi dengan kerja seni yang halus dan kaya penceritaan.Berasal dari London, dia kini adalah ketua pereka kemegahan anggun Perancis, Christian Dior dan bekas ketua pereka Givenchy.Galliano dihormati kerana rekaannya yang romantik dan bersentuhan teater menggunakan rona eksotik, garisan dramatik dan potongan feminin.Dia telah menukarkan 'wajah' gaun moden melalui penceritaan tematik dan perwatakan, selain menghasilkan pakaian siap untuk dipakai yang menawarkan potongan cantik dan feminin.

http://fashionbombdaily.com/wp-content/uploads/2011/03/john_galliano.jpg 
 JOHN GALLIANO

Marc Jacobs

Marc Jacobs mempengaruhi fesyen lebih daripada satu cara.Selain kejayaan rangkaiannya sendiri, Marc Jacobs dan rangkaian difusinya, Marc by Marc Jacobs,pereka Amerika Syarikat ini juga adalah pengarah kreatif rumah rekaan Perancis, Louis Vuitton.Jacobs membantu meningkatkan lagi kejayaan Louis Vuitton dengan mereka rangkaian siap untuk dipakai yang pertama, dan berkerjasama dengan pereka lain untuk menghasilkan aksesori baru dan 'muda' untuk jenama tidak makan dek zaman ini.Kejayaan dalam dunia fesyen antarabangsa Jacobs terus berkembang, dengan rangkaiannya yang makin banyak dan himpunan menarik yang memastikan pelanggan terus berminat untuk memiliki pakaian rekaannya.

http://strawberryblunt.com/wp-content/uploads/2011/03/marc-jacobs_1.jpg
 MARC JACOBS

Giorgio Armani 

Giorgio Armani adalah seorang daripada pereka Itali paling berjaya sepnajang zaman, terutama dalam merevolusikan pakaian lelaki.Dengan lebih daripada 10 rangkaian bawah namanya.Armani telah menghasilkan kesemuanya daripada busana anggun, jean, pakaian sukan musim sejuk dan rangkaian dufusi yang eksklutif bagi Amerika Syarikat.Armani juga dikagumi kerana menggunakan elemen pakaian lelaki seperti jaket tidak berstruktur dan sut dalam himpunan pakaian wanitanya.Gaya anggun yang bagaikan tidak dipaksa dan sofistikated menjadikan Armani pengasas aliran antarabangsa dan pemimpin dalam industri fesyen.


MaleHerbs

http://famous-wallpapers.com/wp-content/uploads/2009/04/2005-mercedes-benz-clk-cabriolet-by-armani-giorgio-armani-1280x960.jpg 
GIORGIO ARMANI

Vera Wang 

Vera wang adalah seorang daripada nama yang paling dikenali dalam industri perkahwinan bagi himpunan gaun pengantinnya yang mengetengahkan fabrik mewah, perincian halus dan sentuhan moden pada rekaan klasik.Selain itu, Wang juga meraka pakaian wanita siap untuk dipakai yang nampak sofistikated dan anggun.Selain pakaian, Wang kini juga tampil dengan minyak wangi dan barangan kecantikan juga barangan fesyen rumah seperti kristal dan perkakas perak.

http://images.eonline.com/eol_images/Entire_Site/20090609/300.wang.vera.060909.jpg 
VERA WANG 

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥