Sunday 13 May 2012

HADIAH UNTUK HARI IBU



Assalamualaikum,salam sejahtera...semoga anda semua sihat dan ceria selalu bersama ibu-ibu anda...Di sini Cik Fiqah ingin mengucapkan "SELAMAT HARI IBU" kepada ibu-ibu dan bakal ibu di Malaysia dan tidak lupa juga kepada ibu Cik Fiqah sendiri.....

Sempena HARI IBU ini Cik Fiqah ingin mengambil kesempatan untuk membuat "PROMOSI" untuk bakal-bakal ibu di Malaysia ini....Anda mesti sayangkan ibu anda bukan?Mesti  anda ingin memberi hadiah penghargaan kepadanya bukan?So Cik Fiqah secara berbesar hati membuat promosi ini untuk anda dan ibu anda...Cik Fiqah akan memberi hadiah secara "PERCUMA" kepada anda yang membeli perfume di kedai online cik Fiqah ini....Tak kira perfume apa yang anda pilih untuk ibu anda....yang penting Cik fiqah akan beri satu botol perfume secara percuma yang Cik Fiqah akan pilih sendiri untuk anda....

Dan tidak lupa juga ,Cik Fiqah akan selitkan Voucher RM10 di dalam bungkusan perfume anda....Kepada anda yang berminat dan ingin mengembirakan hati ibu anda sila buat tempahan segera kerana promosi ini beroperasi sehingga 15 MEI 2012 sahaja....


Sampai di sini sahaja Cik Fiqah bercerita...Tunggu promosi yang akan datang ye...Selamat hari ibu dan semoga anda dan ibu anda gembira dan ceria-ceria selalu....^_^

KETERANGAN LANJUT BOLEH KLIK PADA GAMBAR DI BAWAH INI UNTUK IBU ANDA....


Monday 7 May 2012

PERFUME MAMPU MEMBUATKAN JIN MUNTAH

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda, "Sesiapa yang dipelawa wangian, janganlah dia menolaknya." (Hadis Riwayat Muslim). Pernahkah anda terfikir, apakah hikmah di sebalik saranan pemakaian perfume atau dalam bahasa melayunya minyak wangi oleh Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W. di kalangan umat Baginda? Kali ini AromaKasih ingin berkongsi tentang peranan perfume/minyak wangi dalam agama Islam yang jarang didengar oleh kita semua. Perkongsian pada kali ini disumbangkan oleh salah seorang pembaca blog AromaKasih yag dikenali sebagai Somutmerah Taiko Mlm.

Bau wangi merupakan santapan roh. Ianya dapat menyegarkan jiwa, memberi kesegaran rohani dan dapat membangkitkan semangat dalaman seseorang. Bau wangi dikatakan dapat membersihkan otak dan jantung serta setiap organ dalaman tubuh manusia.

Bau-bau wangian mempunyai khasiat dan para malaikat amat menyukainya. Manakala syaitan-syaitan amat membencinya, kerana di antara perkara yang disukai syaitan adalah bau yang busuk dan menjijikkan. Minyak wangi yang disapu pada hidung pesakit yang kerasukan ketika rawatan, hasilnya 99% dari mereka akan termuntah. Jin yang mengganggu akan mengeluh minyak wangi itu terlalu busuk untuk mereka hidu. 

Kerana itulah di antara tanda-tanda mereka yang mengalami masalah gangguan jin, adalah tidak suka pada bau-bau wangian. Roh yang baik akan menyukai bau yang wangi manakala roh yang jahat akan menyukai bau yang busuk. Setiap roh akan cenderung pada bau yang sesuai dengannya.

Ada riwayat mengatakan Nabi Sulaiman a.s adalah orang yang mula-mula mengetahui sifat-sifat penyembuhan pada herba dan bunga-bungaan. Setiap bunga, pokok dan tumbuh-tumbuhan mempunyai bentuk zahir dan juga rohnya (fizikal dan spiritual). Disinilah timbulnya ilmu aromatherapy, iaitu cara merawat penyakit dengan menggunakan bau-bauan. Haruman-haruman tersebut dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti menekan bunga sehingga minyak keluar dari kelopaknya atau dengan menyuling air melalui kelopak bunga dan berbagai-bagai cara lagi.

Minyak wangi yang mengandungi alkohol tidak sesuai untuk tujuan rawatan atau membuat ubat. Ini adalah kerana campuran alkohol pada zat bunga itu akan "membunuh" zat bunga tersebut.

Di dalam ilmu kesufian, minyak wangi digunakan pada setiap peringkat perkembangan perasaan (tingkatan-tingkatan perasaan). Ianya bertujuan untuk mempengaruhi emosi dan pusat-pusat kerohanian. Contohnya seperti minyak cendana, disyorkan apabila hendak melakukan amalan kerohanian yang serius kerana ianya dapat mendiamkan egoisma badan terutamanya berkenaan dengan tenaga batin. Begitu juga dengan minyak bunga ros, ianya dapat membersih dan mempertingkatkan kekuatan fizikal, mental, emosional dan spiritual.

Untuk tujuan rawatan dan membenteng diri dari gangguan jin, minyak wangi boleh dibacakan dengan surah-surah seperti Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas serta ayat Al-Qursi, atau boleh dibacakan dengan apa juga ayat-ayat Al-Quran, selawat atau zikir-zikir tertentu. 

Pada rencana berikutnya, Somutmerah Taiko Mlm akan berkongsi bersama-sama pembaca Chinta Perfume semua tentang penggunaan perfume dalam rawatan Islam. Semoga anda mendapat manfaat dari perkongsian ini.
KETERANGAN LANJUT TENTANG PERFUME SILA KLIK PADA GAMBAR DI BAWAH INI 
 

TIPS PEMAKAIAN PERFUME

 

1. Setiap perfume mempunyai keharmonian baunya tersendiri. Sekiranya anda menggunakan perfume lebih daripada satu pada masa yang sama, keharmonian perfume akan hilang. Ini akan hanya merosakkan ciri-ciri setiap perfume dan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Oleh itu, elakkan menggunakan lebih daripada satu jenis perfume pada masa yang sama kerana ia menjejaskan keharmonian bau.


2. Untuk memastikan wangian dari perfume anda berkembang secara baik, oleskan perfume atau minyak wangi paling kurang 1 jam sebelum anda pergi untuk memberi waktu kepada minyak wangi untuk mesra dengan minyak pada kulit anda.

3. Perfume berkesan kepada kulit yang 'panas' dan mempunyai peraliran darah yang baik. Oleh itu, kenal pasti tempat atau bahagian tubuh yang perlu dikenakan perfume. Ada 7 point utk mengekalkan keharuman perfume iaitu:
1. belakang telinga
2. nadi pada sendi tangan
3. siku
4. ruang bawah dada
5. celah paha
6. belakang lutut
7. pergelangan kaki

4. Sesiapa yang suka bertukar perfume dinasihatkan berhati-hati apabila memakai perfume di pakaian. Kesan perfume yang tertinggal pada pakaian benang bulu sebagai contohnya mungkin tidak sesuai dengan pemakaian perfume baru. Pakaian juga mungkin boleh rosak disebabkan oleh perfume tersebut.

5. Bagi mereka yang tidak serasi atau sensitif terhadap perfume, cuba gunakan bau yang lebih ringan.

6. Perfume boleh tahan lama selama enam bulan. Sekiranya ia dijaga rapi, ia bertahan lebih lama. Perfume hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik. Untuk botol baru, ia boleh disimpan selama setahun tanpa dibuka tudungnya. Jangan simpan perfume dalam peti sejuk kerana khuatir akan memberi kesan kepada makanan.

UNTUK KETERANGAN LANJUT TENTANG PERFUME SILA KLIK PADA GAMBAR DI BAWAH INI...


 
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥