Thursday 27 September 2012

PROMOSI HEBAT PERFUME BERJENAMA MENJELANG HARI RAYA QURBAN

Assalamualaikum,salam sejahtera,semoga anda semua sihat,ceria dan bahagia di samping pasangan dan keluarga anda...Disini Cik Fiqah ingin memohon maaf kerana telah lama tidak menambah artikel untuk anda semua...Pasti anda semua tertunggu-tunggu promosi dari Cik Fiqah kannnn.....Dan juga pasti anda semua tidak sabar untuk membeli perfume paling hebat dengan harga promosi yang hebat di kedai online Chinta Paradise ini kannn....:-)

Sempena menyambut Hari Raya Qurban tahun ini ,Cik Fiqah ingin memberi anda semua harga promosi yang hebat dengan haruman perfume kegemaran anda semua..Jika anda beli 3 jenis perfume Cik Fiqah akan beri free gift satu perfume miniature dan untuk pembelian 4 perfume pula anda akan dapat free gift 2perfume miniature.....Dan juga Penghantaran PERCUMA untuk anda semua yang membeli pada promosi ini...Promosi ini bermula 27hb SEPTEMBER 2012 sehingga 31hb OKTOBER 2012...Berikut adalah gambar dan keterangan untuk anda semua...Jom baca di bawah ini.....:-)


3 JENIS PERFUME (BOLEH CAMPUR) + FREE GIFT 1 MINIATURE PERFUME = RM180
PENGHANTARAN PERCUMA


4 JENIS PERFUME (BOLEH CAMPUR) + FREE GIFT 2 MINIATURE PERFUME = RM240
PENGHANTARAN PERCUMA


Kepada anda yang gemar sangat dengan pelbagai perfume dan tidak sanggup membeli perfume di shopping complex, jangan risau harga berpatutan dan anda semua di alu-alukan membeli perfume di kedai online Cik fiqah ini ye...Jadi apa tunggu lagi,tak tahu cara nak order perfume...Di bawah ini Cik Fiqah sertakan cara memesan perfume...Jom order banyak perfume selagi stok masih ada....:-)

CARA MEMESAN

SILA TAIP
NAMA PERFUME | NAMA PENUH | ALAMAT | NO TELIFON
DAN HANTAR KE

017 8803369

SELEPAS ITU SILA TUNGGU SMS DARI PIHAK KAMI
SELEPAS ANDA BANK IN KEDALAM AKAUN SILA SMS
NAMA PENUH | TARIKH & WAKTU ANDA BANK IN DUIT
MAKLUMAT AKAUN SILA KLIK BUTTON DI BAWAH



Thursday 13 September 2012

26 Gambar Di Pelancaran Perfume SimplySiti Bertemakan ‘Masquerade Ball’

SimplySiti Eau De Parfum terdiri daripada tiga jenis wangian iaitu Pure, Precious dan Memoire. Setiap wangian ini menceritakan personaliti wanita yang berlainan. Pure adalah bagi yang aktif, ceria dan bersifat terbuka. Precious adalah bagi wanita yang glamor, konfiden dan bijak. Manakala Memoire adalah bagi wanita yang romantik, feminin dan manis. Dengan harga RM 69.90 sebotol, ianya pasti menjadi wangian yang akan menjadi rebutan dan idaman setiap wanita.

Menariknya sempena dengan pelancaran ini, SimplySiti juga turut memperkenalkan konsep berlainan dalam komersil terbarunya dengan memaparkan perspektif lelaki dalam menggambarkan siapa wanita idaman mereka. Tiga jejaka tampan ini bercerita mengenai ciri-ciri gadis idaman yang diwakili oleh setiap jenis wangian SimplySiti Eau De Parfum. Dengan barisan wajah seperti Khairul Fahmi Che Mat, iaitu Penjaga Gol Pasukan Kebangsaan Malaysia, SM Khalis SM Zul iaitu Ahli Perniagaan Muda Naza Italia, Adam Yahya selaku Pengarah Ibex Group dan turut memperkenalkan wajah baru iaitu Leuniey Natasha, ia pastinya suatu komersial yang pasti dinanti ramai.
Majlis Pelancaran yang bertemakan ‘Masquerade Ball’ ini telah berlangsung di Grand Ballroom Double Tree by Hilton Kuala Lumpur. Rata-rata tetamu yang hadir bertopeng, sesuatu yang unik kerana majlis ini meletakkan fokus utama kepada wangian sekaligus membawa setiap tetamu menikmati ketiga-tiga wangian SimplySiti Eau De Parfum. Majlis menjadi lebih meriah apabila Hunny Madu muncul sebagai pengacara majlis dan keseluruhan majlis menyaksikan tarian-tarian istimewa mengikut tema Masquerade.


Kredit gambar: Facebook MIG Online dan David Teo juga  budiey.com

HUKUM MEMAKAI PERFUME BAGI WANITA


Haruman daripada minyak wangi yang dipakai seorang wanita yang melintas di hadapan tadi masih kuat berbau walaupun wanita itu sudah hilang daripada pandangan.

Dalam hati memuji-muji bau haruman minyak wanginya dan tertanya-tanya jenama apakah minyak wangi yang dipakai oleh wanita itu.

Hmm, jika saya, yang juga seorang wanita pun terpikat dan sukakan bau yang datang daripada wanita itu, kaum Adam juga pasti menyukainya dan mereka pasti akan tertoleh-toleh untuk melihat gerangan wanita yang berbau sangat harum itu.

Jika hal demikian terjadi, maka berdosalah wanita itu kerana telah menarik minat (atau mungkin nafsu) kaum Adam terhadapnya.

Memang menjadi fitrah manusia sukakan sesuatu yang cantik dan wangi. Ini kerana Allah juga sukakan kecantikan dan menggalakkan hamba-Nya berhias dengan pakaian yang cantik untuk mengerjakan ibadah. Hal ini bersesuaian dengan maksud surah Al-A’raaf, ayat yang ke-31:

“Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan solat), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas.”

Galakan untuk berhias ini bukan sahaja untuk kaum lelaki, bahkan juga untuk kaum wanita. Akan tetapi, perhiasan kaum wanita hanya terhad kepada golongan tertentu. Mereka tidak boleh berhias dan mempamerkan perhiasan mereka pada khalayak ramai seperti firman Allah dalam surah An-Nuur, ayat 31 yang bermaksud:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

Terdapat beberapa hukum tentang wanita memakai minyak wangi iaitu harus, sunat, makruh dan haram. Wallahu’alam.

Harus

Seseorang wanita itu dikatakan harus memakai wangi-wangian ketika suami berada di rumah terutamanya ketika ingin melayan suami mereka. Selain daripada itu, wanita tidak diharuskan memakai wangi-wangian. Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Sebaik-baik wanita (isteri) ialah jika kamu memandangnya sentiasa menyenangkan hati kamu…” (Riwayat an-Nasa’is dari Abu Hurairah)

Ini bererti seorang wanita itu haruslah sentiasa kelihatan menarik dari segi akhlak dan penampilannya agar dapat menyenangkan hati suaminya.

Sunat

Sunat bagi wanita berwangian ketika berada di rumahnya, ketika ingin menunaikan solat dan beribadah di dalam rumahnya, dan juga ketika menyambut tetamu wanita.
Terdapat hadis yang menjelaskan wanita juga digalakkan berwangi-wangian tetapi bukan pada tempat yang telah dilarang. Rasulullah telah bersabda yang bermaksud:
“Wangi-wangian lelaki ialah yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. Sementara wangi-wangian wanita pula ialah yang cemerlang (jelas) warna dan tersembunyi baunya” (Riwayat al-Tarmizi)

Wanita juga disunatkan memakai wangian sebelum melakukan ihram. Aisyah r.a berkata:
“Kami (isteri-isteri Rasulullah s.a.w) pergi menunaikan haji bersama Rasulullah s.a.w. Ketika hendak berihram, kami memakai minyak wangi yang terbaik di kening kami. Ketika salah seorang di antara kami berpeluh, minyak wangi itu akan mengalir hingga ke muka dan Rasulullah s..aw melihat hal itu, tetapi tidak menegur kami (ertinya nabi s.a.w tidak melarang)” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Makruh

Hukum berwangi-wangian ketika berpuasa adalah makruh. Ini telah umum disepakati oleh ulama dan terdapat penjelasan dalam bab puasa.

Keterangan yang dapat dipegang dan dijadikan alasan ialah fatwa Imam Syafie dan Qaliyubi yang menyatakan “makruh memakai wangi-wangian ketika berpuasa”. Menurut Qaliyubi pendapat itu ialah pendapat ijmak.

Haram

“Seorang wanita yang memakai bau-bauan dan melintasi satu kaum (orang banyak) maka dia itu adalah perempuan zina” (Abu Dawud, Tirmidzi)
Nabi s.a.w bersabda:
“Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima solatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut).” (Sahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)

Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah bertemu dengan seorang wanita sedang pulang daripada masjid dan ia berbau wangiannya, lalu beliau menegur:
“Wahai hamba Allah, apakah kamu pulang dari masjid. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa Allah s.w.t tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid sehingga dia pulang dan mandi……” (Abu Daud, An-Nasaie, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)

Abu Musa meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda:
“Setiap mata itu berzina (apabila memandang dengan nafsu wanita yang asing). Dan seorang wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melalui sesuatu majlis, maka ia adalah demikian, demikian…(penzina)” (Riwayat Tirmidzi)

Daripada hadis-hadis di atas, maka jelaslah bahawa kaum wanita diharamkan memakai wangi-wangian ketika keluar dari rumah dan juga dilarang berhias berlebih-lebihan kecuali di rumah terutamanya di hadapan suaminya.

Allah jualah yang Maha Mengetahui. Wassalam.

LADY GAGA DAN PERFUME FAME







Stefani Joanne Angelina Germanotta atau lebih dikenali dengan nama Lady Gaga sering tampil pelik dan luar biasa tatkala memperagakan sesuatu pakaian.

Beliau terkenal dengan imej yang seksi, malahan sering tampil dengan persembahan yang menarik dengan kemampuan vokal yang hebat bagi menambat hati para peminatnya.

Wangian pasti tidak lekang daripada selebriti. Pasti setiap selebriti akan menghasilkan haruman aroma wangian tersendiri yang mencerminkan personaliti mereka.

Begitu juga dengan Gaga, beliau menghasilkan wangian aneh daripada botol eksklusif berbentuk telur yang dihiasi dengan emas dan wangiannya dirumus khas daripada elemen Tears of Belladonna, Crushed Heart of Tiger Orchidea, a Black Veil of Incense, Pulverized Apricot, Combinative Essences of Saffron San Honey Drops.

Malahan, baru-baru ini Lady Gaga telah memuat naik trailer komersial untuk kempen perfume yang terbaru iaitu Fame, First Ever Black Eau de Parfum.

Trailer bajet tinggi ini penuh dengan aksi menggoda dengan jalan penceritaan yang menarik yang memerlukan anda menonton lebih daripada sekali.

Dalam satu babak, Lady Gaga tampil tanpa sebarang pakaian dimana fotonya diambil oleh jurugambar Steven Klein dan mendapat belaian daripada lelaki-lelaki kecil yang merangkak pada tubuhnya kecil.

Jalan penceritaan dalam trailer ini tentang kekuasaan peribadi di mana beliau tertindas dan penghasilan wangian ini bermotifkan warna hitam, ‘black like the soul of fame but invisible once airborne’. Sebagai iklan minyak wangi, ianya cantik kemas!

Komersial perfume terbaru dari Lady Gag ini telah diarahkan oleh Steven Klein, yang menjalankan kerjasama dalam muzik video “Alejandro” dan dihasilkan oleh Ridley Scott francais “Alien”. Buat peminat perfume Malaysia, kemasyuran semburan wangian akan dikeluarkan khas pada 22 Ogos 2012.

DUTA PERFUME LANCOME PARIS


Menakjubkan!! Tidak sangka walaupun usianya sudah setengah abad, beliau tetap dipilih sebagai duta dalam pengiklanan jenama wangian.

Beliau adalah Julia Roberts. Masih kekal cantik dan menawan walaupun usianya sudah mencecah 44 tahun. Aktres jelita ini tampil bersinar dengan imej positif dalam menawarkan produk wangian terbaru daripada jenama Lancome. Dalam iklan ini, Julia Roberts bertandang ke sebuah parti yang penuh sesak dengan haruman terbaru daripada jenama Lancome. Beliau kelihatan bersinar dibawah kerdipan lampu-lampu ‘chandelier’.

Ini merupakan kempen keharuman pertamanya dengan syarikat kecantikan perancis walaupun sudah menjadi duta sejak 2010 dengan jenama Lancome.

Beliau berpakaian ‘dress’ putih mencecah ke lantai dengan belahan seksi pada bahagian kaki untuk mendedahkan kejelitaan beliau disamping mewujudkan auranya sebagai bintang yang bersinar. Tidak sangkal lagi, kecantikan yang beliau miliki adalah keindahan semula jadi.

Berbalik kepada wangian, Lancome dirumus khas dengan 63 keunikan bahan halus yang berkualiti tinggi dan dihasilkan oleh 3 pencipta terkemuka wangian Perancis iaitu Olivier Polge, Dominique Ropion dan Anne Flipo. Penghasilan perfume ini bertujuan untuk mencipta iris pertama feminin dengan menerapkan unsur kejujuran, kebenaran dan kepelbagaian.

Simbahan perfume yang berperisa buah-buahan ini meliputi buah blackcurrant dan pear, dengan gabungan tonka bean, praline, patchouli dan vanilla bagi mencipta sensasi kesegaran yang berpanjangan.

Bagi si pencinta wangian yang obses dengan haruman kesegaran, Lancome bakal memenuhi citarasa anda dengan kombinasi botolnya yang menarik.

Cool Water Pure Pacific for Her 100mL


Cool Water Pure Pacific for Her 100mL
Harga RM60 | Beli 2 RM100 | FREE Pos Laju
Berminat boleh hubungi Cik Fiqah 0178803369
 * Beli 2 RM100 boleh mix brand

Azzaro pour Homme 100mL


Pure, unadulterated seduction, fashioned by Italian elegance and sophistication. Timeless, sensuous and sleek, Azzaro For Men is a fragrance with character, owing its success to its simultaneously fresh and powerful nature.

An essential men’s fragrance that combines light, depth and sensuality. An astounding delight of freshness and energy brightens the creation (citrus notes, lavender) while noble woods and aromatic notes deliver texture and depth that take the senses by surprise (patchouli, vetiver, sage, basil). Finally, amber, musk and sandalwood procure an exceptional trail with the great intensity and sensuality characteristic of Azzaro Pour Homme. source feelunique.com

Harga RM60 | Beli 2 RM100
Berminat boleh hubungi Cik Fiqah 0178803369
 * Beli 2 RM100 boleh mix brand

Burberry The Beat for Women 75ml


The Beat by Burberry is an expression of upbeat, youthful energy that any woman will welcome into her beauty routine. Introduced in 2008, it sparkles with bergamot and mandarin and settles into summer florals, soft musk, and warm cedar for femininity that’s irresistible. Pink pepper adds a delicious kick to this bright daytime fragrance, uplifting your mood with its spicy profile. Turn the mundane into something more exciting with this enthusiastic fragrance, which will serve you well for work, luncheons, and other everyday affairs. source Fragrancenet.com

Harga RM60 | Beli 2 RM100
Berminat boleh hubungi Cik Fiqah 0178803369
 * Beli 2 RM100 boleh mix brand

Floral Woody Musk – Citrus, Green, Woody, Earthy, Musky, Soft Spicy
 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥