Sunday, 2 October 2011

'BEYOND PARADISE BLUE' HARUMAN KEKASIH HATI


'BEYOND PARADISE BLUE' HARUMAN KEKASIH HATI

SEMARAKKAN dua hati yang sedang bercinta dengan 'Beyond Paradise Blue'.Hargai setiap detik apabila nafas berpadu dengan kesegaran baunya.Setiap semburan membangkitkan pesona yang indah,segar dan mempersona.

Setiap detik bersamanya membuatkan anda hilang dalam khayalan dan seluruh pancaindera dilanda keasyikan.Pejamkan mata dan bebaskan diri ke alam syurga tropika bagaikan berlari-lari ditepian pantai bersama sapaan lembut sang bayu membelai wajah.Tenangkan hati dengan kelembutan pasir memutih mengurut lembut di telapak kaki dengan bersaksikan langit dan lautan membiru yang tiada penghujungnya.Pesona ini bukannya fantasi tapi realiti dengan wangian dari Estee Lauder ini.

Itula imaginasi setiap haruman kekasih hati edisi terhad sempena Hari Kekasih ini.Setiap semburannya menggamit dua jiwa menjadi satu.'Beyond Paradise Blue' inspirasi sensual gabungan citrus,bunga-bungaan dan vanila yang mampu membangkitkan sensasi anda.

Hadir dalam bekas eksklutif berbentuk air mata dengan lengkukan bergaya mewah dengan panorama seakan langit dan lautan membiru disebalik keanggunan botolnya.

Beyond Paradise for Men 100ML EDT

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥