Monday 7 May 2012

CARA SALAH PEMAKAIAN PERFUME




Anda pakai perfume tapi tak wangi macam kawan anda, padahal sama-sama pakai perfume yang berkualiti dan berjenama. Anda tak puas hati, orang di sekeliling semua memujinya dek kerana wangi badannya, tapi seorang pun tak puji anda. Kenapa? Kalau anda nak tau, sebabnya adalah anda menggunakan perfume dengan cara yang salah! Gambar di atas adalah contoh memakai perfume dengan cara yang salah. Jangan tiru aksinya, jika anda meniru, AromaKasih tidak akan bertanggungjawab di atas segala kemalangan yang berlaku atas tindakan tersebut! Selain daripada contoh di atas, di bawah ini AromaKasih senaraikan 8 lagi cara yang salah memakai perfume:- 

1. Pakai perfume semasa tubuh masih basah 

Biasanya kita memakai perfume selepas mandi. Tapi jangan terus memakainya setelah habis mandi. Pakai setelah badan agak kering. Tunggu sejenak agar kulit anda mengeluarkan minyak semulajadi dari tubuh supaya perfume tersebut lebih serasi dengan minyak pada kulit anda. 

2. Pakai perfume lebih daripada satu pada masa yang sama 

Setiap perfume mempunyai keharmonian baunya tersendiri. Sekiranya anda menggunakan perfume lebih daripada satu pada masa yang sama, keharmonian perfume akan hilang. Ini akan hanya merosakkan ciri-ciri setiap perfume dan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Oleh itu, elakkan menggunakan lebih daripada satu jenis perfume pada masa yang sama kerana ia menjejaskan keharmonian bau. 

3. Pakai di tempat yang salah 

Perfume berkesan kepada kulit yang 'panas' dan mempunyai peraliran darah yang baik. Oleh itu, kenal pasti tempat atau bahagian tubuh yang perlu dikenakan perfume. Sila klik di sini untuk mengetahui 7 point pada tubuh kita yang paling sesuai disapu perfume bagi mengekalkan keharuman perfume. 

4. Pakai dari atas ke bawah 

Selalunya kita pakai perfume mulda dari badan ke bawah kan? Cuba terbalikkan iaitu mulakan dari bahagian pergelangan kaki ke atas sehingga ke belakang telinga. Kaedah ini dapat menguatkan lagi bauan perfume tersebut. 

5. Pakai perfume di baju 

Pakai perfume pada badan bukannya pada baju. Selalu kita pakai perfume selepas pakai baju kan? So kali ni pakai perfume dulu baru pakai baju. 

6. Menggosok perfume selepas pakai 

Kalau jenis spray, selepas di spray di pergelangan tangan, jangan di gosok perfume tersebut kerana molekul perfume akan pecah seterusnya note atas or median akan hilang. Ini akan menyebabkan bau perfume menjadi kurang tahan lama. 

7. Pakai perfume di tempat letak barang kemas/perhiasan/jam tangan 

Anda juga jangan memakai perfume dekat barang kemas/perhiasan/jam tangan. Unsur-unsur kimia yang terdapat dalam barang-barang tersebut boleh mempengaruhi bau perfume apabila bercampur. Selain itu, dikhuatiri juga perfume akan merosakkan barang-barang tersebut. 

8. Letak perfume di tempat terlalu panas/terlalu sejuk 

Faktor terakhir kenapa perfume anda pakai tidak menghasilkan bau yang maksimum adalah kerana anda menyimpan perume tersebut pada suhu yang tidak sesuai seperti dalam kereta yang terdedah dengan suhu yang panas. Perfume hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik, tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Suhu yang tidak sesuai akan memusnahkan molekul-molekul yang membentuk bau wangi perfume tersebut.

UNTUK KETERANGAN LANJUT TENTANG PERFUME SILA KLIK PADA GAMBAR DI BAWAH INI


 

1 comments:

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥