Anda pakai perfume tapi tak wangi macam kawan anda, padahal sama-sama pakai perfume yang berkualiti dan berjenama.
Anda tak puas hati, orang di sekeliling semua memujinya dek kerana
wangi badannya, tapi seorang pun tak puji anda. Kenapa? Kalau anda nak
tau, sebabnya adalah anda menggunakan perfume dengan cara yang salah!
Gambar di atas adalah contoh memakai perfume dengan cara yang salah.
Jangan tiru aksinya, jika anda meniru, AromaKasih tidak akan
bertanggungjawab di atas segala kemalangan yang berlaku atas tindakan
tersebut! Selain daripada contoh di atas, di bawah ini AromaKasih
senaraikan 8 lagi cara yang salah memakai perfume:-
1. Pakai perfume semasa tubuh masih basah
Biasanya kita memakai perfume
selepas mandi. Tapi jangan terus memakainya setelah habis mandi. Pakai
setelah badan agak kering. Tunggu sejenak agar kulit anda mengeluarkan
minyak semulajadi dari tubuh supaya perfume tersebut lebih serasi dengan
minyak pada kulit anda.
2. Pakai perfume lebih daripada satu pada masa yang sama
Setiap perfume mempunyai
keharmonian baunya tersendiri. Sekiranya anda menggunakan perfume lebih
daripada satu pada masa yang sama, keharmonian perfume akan hilang. Ini
akan hanya merosakkan ciri-ciri setiap perfume dan menimbulkan bau yang
kurang menyenangkan. Oleh itu, elakkan menggunakan lebih daripada satu
jenis perfume pada masa yang sama kerana ia menjejaskan keharmonian
bau.
3. Pakai di tempat yang salah
Perfume berkesan kepada kulit
yang 'panas' dan mempunyai peraliran darah yang baik. Oleh itu, kenal
pasti tempat atau bahagian tubuh yang perlu dikenakan perfume. Sila klik
di sini untuk mengetahui 7 point pada tubuh kita yang paling sesuai disapu perfume bagi mengekalkan keharuman perfume.
4. Pakai dari atas ke bawah
Selalunya kita pakai perfume
mulda dari badan ke bawah kan? Cuba terbalikkan iaitu mulakan dari
bahagian pergelangan kaki ke atas sehingga ke belakang telinga. Kaedah
ini dapat menguatkan lagi bauan perfume tersebut.
5. Pakai perfume di baju
Pakai perfume pada badan
bukannya pada baju. Selalu kita pakai perfume selepas pakai baju kan? So
kali ni pakai perfume dulu baru pakai baju.
6. Menggosok perfume selepas pakai
Kalau jenis spray, selepas di
spray di pergelangan tangan, jangan di gosok perfume tersebut kerana
molekul perfume akan pecah seterusnya note atas or median akan hilang.
Ini akan menyebabkan bau perfume menjadi kurang tahan lama.
7. Pakai perfume di tempat letak barang kemas/perhiasan/jam tangan
Anda juga jangan memakai perfume
dekat barang kemas/perhiasan/jam tangan. Unsur-unsur kimia yang
terdapat dalam barang-barang tersebut boleh mempengaruhi bau perfume
apabila bercampur. Selain itu, dikhuatiri juga perfume akan merosakkan
barang-barang tersebut.
8. Letak perfume di tempat terlalu panas/terlalu sejuk
Faktor terakhir kenapa perfume
anda pakai tidak menghasilkan bau yang maksimum adalah kerana anda
menyimpan perume tersebut pada suhu yang tidak sesuai seperti dalam
kereta yang terdedah dengan suhu yang panas. Perfume hendaklah
diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik, tidak terlalu panas atau
terlalu sejuk. Suhu yang tidak sesuai akan memusnahkan molekul-molekul
yang membentuk bau wangi perfume tersebut.
UNTUK KETERANGAN LANJUT TENTANG PERFUME SILA KLIK PADA GAMBAR DI BAWAH INI
Terima Kasih dgn tips ini
ReplyDelete