Nabi
Muhammad S.A.W. bersabda, "Sesiapa yang dipelawa wangian, janganlah dia
menolaknya." (Hadis Riwayat Muslim). Pernahkah anda terfikir, apakah
hikmah di sebalik saranan pemakaian perfume atau dalam bahasa melayunya
minyak wangi oleh Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W. di kalangan umat
Baginda? Kali ini AromaKasih ingin berkongsi tentang peranan
perfume/minyak wangi dalam agama Islam yang jarang didengar oleh kita
semua. Perkongsian pada kali ini disumbangkan oleh salah seorang pembaca
blog AromaKasih yag dikenali sebagai Somutmerah Taiko Mlm.
Bau
wangi merupakan santapan roh. Ianya dapat menyegarkan jiwa, memberi
kesegaran rohani dan dapat membangkitkan semangat dalaman seseorang. Bau
wangi dikatakan dapat membersihkan otak dan jantung serta setiap organ
dalaman tubuh manusia.
Bau-bau wangian mempunyai khasiat dan para malaikat amat menyukainya. Manakala syaitan-syaitan amat membencinya, kerana di antara perkara yang disukai syaitan adalah bau yang busuk dan menjijikkan. Minyak wangi yang disapu pada hidung pesakit yang kerasukan ketika rawatan, hasilnya 99% dari mereka akan termuntah. Jin yang mengganggu akan mengeluh minyak wangi itu terlalu busuk untuk mereka hidu.
Ada riwayat mengatakan Nabi Sulaiman a.s adalah orang yang mula-mula mengetahui sifat-sifat penyembuhan pada herba dan bunga-bungaan. Setiap bunga, pokok dan tumbuh-tumbuhan mempunyai bentuk zahir dan juga rohnya (fizikal dan spiritual). Disinilah timbulnya ilmu aromatherapy, iaitu cara merawat penyakit dengan menggunakan bau-bauan. Haruman-haruman tersebut dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti menekan bunga sehingga minyak keluar dari kelopaknya atau dengan menyuling air melalui kelopak bunga dan berbagai-bagai cara lagi.
Minyak
wangi yang mengandungi alkohol tidak sesuai untuk tujuan rawatan atau
membuat ubat. Ini adalah kerana campuran alkohol pada zat bunga itu akan
"membunuh" zat bunga tersebut.
Di dalam ilmu kesufian, minyak wangi digunakan pada setiap peringkat perkembangan perasaan (tingkatan-tingkatan perasaan). Ianya bertujuan untuk mempengaruhi emosi dan pusat-pusat kerohanian. Contohnya seperti minyak cendana, disyorkan apabila hendak melakukan amalan kerohanian yang serius kerana ianya dapat mendiamkan egoisma badan terutamanya berkenaan dengan tenaga batin. Begitu juga dengan minyak bunga ros, ianya dapat membersih dan mempertingkatkan kekuatan fizikal, mental, emosional dan spiritual.
Untuk tujuan rawatan dan membenteng diri dari gangguan jin, minyak wangi boleh dibacakan dengan surah-surah seperti Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas serta ayat Al-Qursi, atau boleh dibacakan dengan apa juga ayat-ayat Al-Quran, selawat atau zikir-zikir tertentu.
Pada
rencana berikutnya, Somutmerah Taiko Mlm akan berkongsi bersama-sama
pembaca Chinta Perfume semua tentang penggunaan perfume dalam rawatan Islam.
Semoga anda mendapat manfaat dari perkongsian ini.
KETERANGAN LANJUT TENTANG PERFUME SILA KLIK PADA GAMBAR DI BAWAH INI
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.