WANGIAN ‘MALAM PERTAMA’
BAKAL melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi?Untuk panduan anda dan si dia memilih wangian bersesuaian, dipaparkan haruman terkini daripada pelbagai jenama terkenal.Pastikan rina kotak atau botol haruman dipilih bersesuaian dengan warna tema hantaran anda.Namun yang penting, pastikan si dia sukakan bau wangian yang di beri.Mana tahu,wangian ini menjadi haruman untuk ‘malam pertama’ anda berdua.
SEKSI
Terkenal dengan botol berbentuk tubuh lelaki dan wanita,Jean Paul Gaultiermenampilkan tiga haruman edisi terhad terbaru, Classique.Ada dua pilihan wangian untuk perempuan iaitu EDT 100ml + miniature 3.5ml (RM378) dan Himpunan X EDT 100ml + miniature 3.5ml (RM378).Untuk lelaki, Le Male EDT 125ml + miniature 3.5ml (RM309).
COMEL
Bunga mimosa antara bahan paling digemari ramai pereka haruman dalam menghasilkan wangian.Haruman terbaru Annick Goutal, Le Mimosa menampilkan bunga ini sebagai bahan utama.Melambangkan kekuatan dalam kelembutan, keanggunan dalam kesederhanaan.Ada EDT 50ml (RM369) dan 100ml (RM499).
SEGAR
Jika anda dan si dia ‘kaki’ bersukan haruman Burberry Sport Ice untuk lelaki dan wanita ini pasti sesuai untuk anda berdua.Botolnya berbentuk segi empat panjang, putih untuk wanita dan hitam buat lelaki.Ada EDT 50ml (RM300) dan 75ml (RM235).
MEWAH
Haruman terbaru Lancome, O d’Azur yang berbotol berukir indah sesuai melengkapi hantaran berkonsep mewah.Berilhamkan bauan Mediterranen yang sensual dan sensasi, membangkitkan perasaan bagaikan sedang bercanda di persesisiran pantai.Ada 75ml (RM205) dan 125ml (RM250).
BAHAGIA
Happy in Bloom daripada Clinique menampilkan bauan segar dan bunga-bungaan.Botolnya bercorak bunga berwana-warni yang melambangkan kebahagian dialami pada musim bunga.Boleh didapati pada jangka masa terhad di semua kaunter Clinique di seluruh negara.Ada 30ml (RM125) dan 50ml (RM175).
KEASYIKAN
Pada 2009, haruman Boos Orange Woman dipasarkan dan menarik minat ramai.Kini tampil pula BossOrange Sunset yang membuatkan si dia berasa menawan dan sensual.Botol jingganya sangat menarik,bagaikan cahaya matahari ketika terbenam.AdaEDT 30ml (RM154), 50ml (RM208), 75ml (RM270).
REMPAH – RATUS
Bagi peminat wangian Kenzo, tidak perlu gusar.Jenama popular ini turut tampil dengan haruman terbaru,L’eau Par Wild Edition untuk lelaki dan perempuan.Pour Femme EDT 50ml menampilkan bauan segar buah-buahan dan bunga-bungaan manakala Pour Homme EDT 50ml berbauan segar rempah-ratus dan kayu-kayan.
EKSOTIK
Escada memperkenalkan wangian terbaru,Taj Sunset yang berilham keasyikan menari tanpa kasut di pantai indah di Goa, menikmati sepenuhnya musim panas dalam suasana eksotik.Ada EDT 30ml (RM149), 50ml (RM193) dan 100ml (RM254); gel mandian, 150ml (RM77) dan losen badan, 150ml (RM85).
ANGGUN
Issey Miyake menghasilkan haruman pertamanya, L’Eau d’Issey pada 1992 yang terus popular hingga kini.Bagi 2011,Issey Miyake memperkenalkan L’Eau d’Issey Floraleyang penuh anggun.Pastikan peminat wangian ini tidak lepaskan peluang memiliki.Ada EDT 50ml (RM278) dan 90ml (RM378).
SOFISTIKATED
Narcisso Essence eau de musc direka untuk wanita yang sofistikated, bersemangat kuat, sensual, manja dan menawan.Menampilkan bauan segar yang pastinya menawan hati si dia.Sesuai untuk siang mahu pun malam.Ada 75ml (RM310) dan 125ml (RM400).
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.