Tuesday, 7 August 2012

Perbezaan Antara EDC, EDT dan EDP??




Wangian Untuk Wanita

1) Parfum
Wangian yang mempunyai campuran yang paling pekat, sekitar 15-40% kepekatan. Harganya juga adalah yang paling mahal, dan sudah pasti baunya juga yang paling kuat dan ketahanan yang paling lama berbanding jenis-jenis yang lain.

2) Eau De Parfum (EDP)
EDP adalah lebih ringan berbanding dengan Parfum, dengan kepekatan campuran sekitar 8-15%. EDP juga adalah lebih murah daripada Parfum dan mempunyai ketahanan haruman sekitar 3-5 jam. Tetapi ada juga perfume jenis EDP yang boleh bertahan sehingga 8 jam. Wangian jenis ini sesuai diguna pakai oleh wanita dan dipakai untuk ke majlis formal atau makan malam.

3) Eau De Toilette (EDT)
Ia adalah wangian yang lebih lembut, dengan kepekatan aromatiknya sekitar 4-8%, yang mana ianya lebih sesuai dipakai untuk kegunaan harian seperti ke pejabat. Selalunya harga adalah lebih murah berbanding EDP dan berketahanan 2-4 jam selepas semburan.

4) Eau De Cologne (EDC)
EDC selalunya dipanggil Cologne dan mempunyai kepekatan aromatic yang paling cair, sekitar 3-5% kepekatan. Ketahanan baunya adalah sekitar 2-3 jam.

Wangian Untuk Lelaki

Di sini adalah sedikit penerangan tentang wangian untuk lelaki.

1) Eau De Toilette (EDT)
Ini adalah jenis wangian yang paling pekat campuran aromatiknya untuk lelaki dan bertahan sehingga 5 jam selepas digunakan. Campuran aromatiknya sekitar 4-10%. Ianya sesuai digunakan ke majlis dan juga ke pejabat. Biasanya EDT ini tersedia dalam bentuk ‘splash’ dan ‘spray’.

2) Aftershave
Kurang kuat wangian dan ketahanannya, tetapi masih menjadi pilihan yang popular di kalangan lelaki. Dengan kepekatan aromatiknya sekitar 1-3%, ketahanan baunya adalah sehingga 2-3 jam. Aftershave adalah lebih ‘friendly’ dengan kulit, sesuai untuk anda yang berkulit sensitif.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥