Tuesday 8 November 2011

HANYA BERBEKALKAN SPM CIK FIQAH JANA PENDAPATAN RIBUAN RINGGIT DI INTERNET

jual Cik Fiqah yang tak ptus-putus dari customer....

Assalamualaikum…

Salam ceria , salam sayang dan motivasi buat semua yang tak putus-putus mengunjungi blog pakar perfume anda ini…Yang best ada yang panggil Cik Fiqah Mrs.Perfume..hehehehe….Alahhh….Macam Doktor Perfume’s….hehehe

Apa kena-mengena tajuk Cik Fiqah hari ini ye…??Mungkin ramai yang tak tahu tentang latar belakang Cik Fiqah….Mungkin ramai yang tengok Cik Fiqah mesti diorang akan tanya Cik Fiqah belajar kat mana…Sebenarnya Cik Fiqah hanya belajar setakat SPM sahaja…Tapi bagaimana pun Cik Fiqah Berjaya menjana pendapatan ribuan ringgit di internet…??Anda semua ingin tahu…??Jom layan…hehehe…

Bermulanya setahun yang lalu Cik Fiqah hanya bekerja di KFC,MC DONALD dan segala jenis makanan fast food Cik Fiqah pernah bekerja….Cik fiqah juga pernah bekerja di UPM sebagai PEMBANTU PENYELIDIK…Macam doctor bedah haiwan katakan…hehehehe..itu je la kerja yang paling best dalam hidup Cik Fiqah….Semua student di UPM sebaya dengan Cik Fiqah semua belajar…memang cemburu pun ada….tapi Cik Fiqah dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan…Nak sambung pelajaran pun tak mampu….Tak seperti kawan-kawan Cik Fiqah yang lain….Namun begitu,Cik Fiqah mempunyai impian seperti orang lain….

ni masa Cik Fiqah dengan kawan2 di mc donald...Cik Fiqah yang pakai baju kurung hijau...(sori masa ni tak pakai tudung..hehehhe..)

Segalanya berubah apabila Cik Fiqah menghadiri satu seminar yang diadakan oleh DR.IRFAN KHAIRI….Kalau semua nak tahu masa itu Cik Fiqah datang dengan pakai baju KFC , orang lain semua pakai baju cantik-cantik…Cik Fiqah sorang je yang pakai baju kerja…masa tu , Cik fiqah curi-curi waktu kerja..hehehe…Nak Berjaya punya pasal….Sampai satu masa , orang sebelah Cik Fiqah tutup hidung sebab baju Cik Fiqah bau minyak KFC…hehehe….”ada ku kesah”..hehehe

masa ini nasib Cik Fiqah sempat tukar baju..ahhaha..tapi bau KFC tetap ada di badanku.... :)

Bila balik dari seminar tu,Cik Fiqah rasa macam dilahirkan semula , sebelum ini tak terbayang langsung untuk ada impian pakai kereta besar dan rumah besar….tq DR IRFAN KHAIRI “kamu memang manusia ajaib yang telah memberi inspirasi kepadaku”….hehehe….Cik Fiqah datang 2 kali kelas DR IRFAN KHAIRI…Siap ponteng kerja untu hadir ke seminar tu…semangat giler…giler pun tak semangat macam ni..hahaha…

Balik dari seminar terus Cik Fiqah mencari  apa yang boleh dijual dan terjumpalah kawan lama yang menjual perfume….Dari saat itu , Cik Fiqah terus menjual dalam FACEBOOK dan blog Cik fiqah yang di buat dengan hasil kerja sendiri….Cik Fiqah hanya tidor 3 jam sehari…Cik Fiqah tak sama macam orang lain….Kejayaan demi kejayaan Cik fiqah dapat…Sehingga kini Cik Fiqah dah jual lebih dari 2000 botol perfume’s pelbagai jenis….Baik secara online dan rumah ke rumah…

Jika anda pernah jumpa dengan orang di bawah ini,beliau hanya ada SPM sahaja….Dan oleh sebab itu , Cik Fiqah nampak sangat yang Cik Fiqah akan bergelar “JUTAWAN” suatu hari nanti seperti dia….”aku kaya dan Berjaya”…hehehehe….



Kata-kata terakhir Cik Fiqah , “Pelajaran anda belum menjamin anda Berjaya , jika anda tidak lakukan sesuatu yang luar biasa….."

Sekian ,terima kasih…

Yang benar,

Cik Fiqah


0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥