Sunday, 8 April 2012

JUARA MODEL TUDUNG FAREEDA 2012

Noor Aqilah atau nama sebenarnya Noor Aqilah Nadhirah Mohd. Yazif dinobatkan juara Pertandingan Pencarian Model Fareeda 2012. Aqilah memiliki lebih 50 koleksi tudung Fareeda tak menyangka telah terpilih sebagai juara Pertandingan Pencarian Model Fareeda 2012 yang berakhir di SACC Mall.

Noor Aqilah Nadhirah Mohd. Yazif

Noor Aqilah merupakan pelajar tahun pertama, bidang pengajian Pengurusan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang itu telah menggayakan tudung fesyen terkini Fareeda dinamakan Rozana sebelum dinobatkan sebagai juara.



“Sokongan saya terhadap tudung Fareeda sejak tingkatan lima lagi berbaloi apabila berjaya menjadi model tudung yang saya paling minat.

“Tudung jenis Rozana sahaja saya ada lebih 10 koleksi, tudung ini memang senang dipakai dan tidak perlu aksesori tambahan,” katanya yang juga meminati bidang peragaan.

Syabas Noor Aqilah! Nanti boleh jadi model muslimah yang berpelajaran!




Keputusan Terkini Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 ke 25

BERIKUT IALAH KEPUTUSAN TERKINI ANUGERAH BINTANG POPULR 2012 YANG KE 25 YANG DI ADAKAN DI ARENA ALLSTAR GENTING HIGHLAND Anugerah bintang popular ini di mulakan dengan tarian hebat oleh pasangan fauzi nawawi dan lisdawati dan persembahan Siti Norhaliza yang memakai baju cantik bewarna biru…. Cantiknya Siti Norhaliza…yang turut mengiringi persembahan Siti Norhaliza  ialah ezlynn Anugerah bintang popular ini di acarakan oleh Raja Azura,Syarifah Syahirah,Didi Alias dan Zizan Raja Lawak….memng mantap…siap ada persembahan mak yong…mantap… Hadiah terdiri barang kemas bernilai RM250,000 dan pembaca dapat juga hadiah RM25,000 kepada pembaca Berita harian
ketegori ada lah seperti berikut
1) Artis berkumpulan/Duo popular jacklin victor,shila amza dan Ning baizura 
2) Artis baru Wanita Popular Tasha shila 
3)Penyampai radio lelaki popular FAIZAL ISMAIL 
4) Artis komedi wanita popular Didi alias
5) Pengacar TV lelaki Popular Zizan razak 
6) Artis baru lelaki popular
Johan
7) Pelakon TV lelaki Popular
Fizz fairuz
8) Penyampai radio Wanita Popular
farah fauzana
9) Pengacara TV Wanita Popular
farah Fauzana
10)  Artis komedi lelaki popular
Johan Raja lawak
11) Anugerah Sri perak
Siti Norhaliza
12) Penyanyi lelaki popular
Hafiz
13) Pelakon Filem Lelaki Popular
14)Pelakon Tv Wanita Popular
Fasha sanda

15) Pelakon filem wanita popular
maya karin
16) Penyanyi wanita popular
Yuna
Bintang Paling Popular ABPBH2012
Aaron Aziz
Nissan Teana
RM250,000

CIK FIQAH DAN BETTY BANAFEE DALAM SEMINAR WANG POWER 2012

Assalamualaikum,salam sejahtera....semoga anda berbahagia bersama orang kesayaangan anda....Alhamdullilah,Cik Fiqah baru sampai di rumah dari menghadiri Seminar Wang Power yang dianjurkan oleh Dr.Azizan Osman.....

Disana Cik Fiqah telah mengedarkan 1000 keping bisness kad Cik Fiqah kepada peserta Dr.Azizan Osman...hehehe....Yang paling best antara 1000 keping itu,satu bisnes kad berjaya di berikan kepada seorang pelakon yang semalamnya berlakon  dalam cerita cekarama TV3 - Nurin Najwa melakonkan watak sebagai mak tiri kepada Nurin Najwa....Namanya pasti korang kenal ,nama dia Betty Banafee...Korang semua nak tahu,dia tanya Cik Fiqah buat bisnes ape?Bila dia tahu Cik Fiqah jual perfume terus dia berminat....hehehe...Cik Fiqah tak suruh korang semua percaya,cuma tengok gambar kami di bawah ini ye...hehehe

amacam ?? muka ada nak sama tak?hahaha.. ^_<

hehehe...ni time kat PGRM (Seminar Wang Power 2012)

So ape tunggu lagi...Untuk melihat perfume di dalam blog Cik Fiqah ini sila klik pada gambar di bawah ini ye.....Kita berjumpa di artikel yang akan datang....terima kasih dan ceria2 selalu... ^_^

Tuesday, 3 April 2012

TIPS ALAM PERKAHWINAN


1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

 3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoakan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana mengsia-siakan doa mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya jesteru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.


Info : FaceBook Ustaz Azhar Idrus

*Insyaallah, panduan yang berguna untuk kita melangkah ke alam perkahwinan.. Ingatlah sebelum mencela pasangan hidupmu, bayangkan mereka yang masih menghiba untuk dikurnia jodoh.Hargailah Jodoh Anda

UNTUK HANTARAN PERKAHWINAN ANDA SILA KLIK PADA GAMBAR DI BAWAH INI


 
Designed by ♥ WWW.MYRAVEA.COM ♥